Kenyataan akhbar YB Wong Hon Wai, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Air Itam di George Town pada 28-4-2015
Saya menyokong pengumuman oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, YB Dato Law Choo Kiang berkenaan tarikh sidang dewan undangan negeri iaitu perasmian pada 30-4-2015 dan kemudian dewan bersidang semula pada 11-5-2015.
Keputusan tersebut adalah memenuhi undang-undang, reasonable dan berpatutan.
Pada pilihanraya kecil Bukit Gelugor tahun lalu juga bersempena dengan sidang DUN Pulau Pinang. Pada masa itu, hari penamaan calon pada 12-5-2014, hari pengundian pada 25-5-2014. DUN Pulau Pinang pada masa itu bersidang pada 19-5-2014 hingga 23-4-2014. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri terpaksa berucap di DUN pada pagi kemudian berceramah pada malam. Ini bukan satu susunan yang baik. Tambahan pula, semasa persidangan DUN bertembung dengan pilihanraya kecil Bukit Gelugor, terdapat 2 insiden yang merupakan titik hitam dalam sejarah DUN Pulau Pinang.
Peristiwa pertama iaitu pada 20-5-2014, calon bebas Abu Baker telah muncul di depan pintu masuk DUN dan membaringkan diri di depan kereta Ketua Menteri dan cuba mendapat media attention supaya beliau dapat muncul di muka depan akhbar-akhbar.
Peristiwa kedua iaitu pada 22-5-2014, 16 orang pemuda yang mempunyai latarbelakang politik Pemuda UMNO dan Perkasa telah menceroboh masuk ke dewan persidangan DUN. Mereka menduduki takhta Speaker dan kaki pinjat ke atas meja Speaker. Kejadian ini berlaku apabila Dewan rehat tengah hari semasa hari persidangan. Tindak-tanduk mereka merupakan titik hitam dalam sejarah Dewan Undangan Negeri dan tidak pernah insiden sebegini berlaku di mana-mana DUN dan Parlimen negara kita. Mereka telah mengaku salah dan disabitkan oleh Mahkamah.
Pada masa itu, DUN telah 2 kali memperdebatkan usul tergempar untuk mengecam para penceroboh. 10 orang ADUN UMNO telah memilih untuk berkecuali.
Saya menyatakan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mempunyai double standard. Beliau menuduh DUN Pulau Pinang tetapi berdiam diri pula tentang penangguhan DUN Pahang. DUN Pahang pada asalnya bersidang pada 20-23 dan 27-28 bulan April 2015 tetapi juga ditangguhkan kepada 18-5-2015 untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Kecil Rompin.
Saya menyatakan untuk membolehkan semua ADUN untuk menumpukan perhatian kepada urusan DUN dan untuk mengelakkan anasir-anasir bermotif jahat untuk mengambil kesempatan untuk mendapatkan publisiti murah, keputusan Speaker untuk menetapkan tarikh 30-4-2015 sebagai tarikh perasmian kemudian Dewan kembali bersidang pada 11-5-2015 adalah satu keputusan yang reasonable dan elok.
------------------------
Wong Hon Wai
ADUN Air Itam

No comments:
Post a Comment